Saturday, January 29, 2011

Buku : Total Money Makeover

Assalamualaikum,

Sudah 6 hari blog ini berdiam diri. Diam kerana baru sahaja selamat melahirkan cahaya mata ke-4 Ahad yang lepas. Alhamdulillah. Kisahnya disini.

Kali ni saya nak kongsi cerita buku shj.

Buku Total Money Makeover yg ditulis oleh Dave Ramsey adalah buku kewangan pertama yang berjaya membuka minda dan pandangan kepada dunia realiti kewangan saya. Walaupun dulu masa peringkat Ijazah dan Master, subjek Finance boleh score, tapi ianya memang berbeza dengan dunia realiti kehidupan.

Apa yang sangat menarik, di dalam buku ini ianya banyak menceritakan tentang strategi untuk membayar hutang melalui 'debt-snow ball', selain itu ia banyak menekankan tentang kad kredit. Lepas baca buku ni, mmg rasa berkobar utk tidak berhutang ( kalau boleh) dan tidak mempunyai kad kredit. Walaubagaimanapun, saya sendiri masih memiliki 1 kad kredit untuk kegunaan di waktu 'tertentu'. Yang pastinya lepas guna, terus bayar.

Jadi apakah buku kewangan pertama anda yang benar-benar mengubah cara anda mengendalikan kewangan anda?

Antara coretan dr buku TMM ini:

Money Myths(MM) #1

Myth: I didn’t have time to work on a budget, retirement plan or estate plan.

Truth: You don’t have time not to

Shocking Stats (SS) #1:

90% of people in our culture buy things they can’t afford.


2 comments:

  1. Tahniah puan Farrah sbb dapat baby yg sihat dan comel!

    Rasanya buku kewangan pertama saya "How you can get rich from property and stock markets"..ditulis oleh milan doshi.

    Apa yg saya ingat salah satu ilmu penting ialah...lebih cepat yg anda sedar ilmu di universiti adalah berbeza dengan kenyataan dunia sebenar,anda akan lebih cepat berjaya.

    Selain itu buku2 azizi ali pun saya minat juga.Pelaburan yg paling penting adalah pelaburan kepada diri sendiri.Katanya melaburlah pada buku2 kewangan,seminar atau apa sahaja yg memberi ilmu kewangan kepada kita.Bila dah celik kewangan satu porfolio kewangan yg 'cerdik' dapat kita lakukan.

    ReplyDelete
  2. Keli, saya pon ada banyak dah buku kewangan..nanti later2 saya kongsi pulak buku yg lain yer. Buku Azizi Ali pon mmg best :)

    ReplyDelete