Thursday, March 3, 2011

Ittikalku gondol anugerah!

Dalam Majlis Penganugerah 'The Edge-Lipper Malaysia Fund Awards 2011", sekali lagi Public Mutual menggondol banyak anugerah. Kali ni berjaya menggondol 10 anugerah termasuk 'Best Overall Group" award. Alhamdulillah. Tak sesia juga melabur Unit Amanah dengan Public Mutual ni.

Secara ringkasnya, anugerah tersebut adalah:

No
Fund / Company
Category
1
Public Mutual Berhad
Best Overall Fund Group
2
Public SmallCap Fund
Equity Malaysia Small and Mid Caps
3 years
3
PB Asia Equity Fund
Equity Asia Pacific
3 years
4
Public Far-East Select Fund
Equity Asia Pacific Ex Japan
5 years
5
Public SmallCap Fund
Equity Malaysia Small and Mid Caps
5 years
6
Public Islamic Bond Fund
Bond Malaysian Ringgit – Islamic
5 years
7
Public Bond Fund
Bond Malaysian Ringgit
10 years
8
Public SmallCap Fund
Equity Malaysia Small and Mid Caps
10 years
9
Public Ittikal Fund
Equity Malaysia – Islamic
10 years

Cuba tengok kat atas tu, Ittikal menang utk kategori Equity -Islamic. Memang sah la boleh menang, tengok aje kepada prestasi pelaburan saya dalam Ittikal ni. Memang melebihi 10% dalam tempoh 4 tahun. Ok kite tunggu lg 10 tahun apa akan terjadi ok?

Monday, February 21, 2011

Dividen KSWP 2010: 5.8%


KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada Ahad mengumumkan kadar dividen 5.8 peratus untuk ahlinya bagi tahun kewangan berakhir Dis 31, 2010, naik 15 mata asas, berbanding kadar 5.65 peratus yang dibayar pada 2009.

Ia merupakan bayaran dividen tertinggi yang pernah dicapai dana persaraan itu iaitu sebanyak RM21.61 bilion, peningkatan 11.55 peratus berbanding bayaran dividen RM19.37 bilion pada 2009.

Sumber: Bernama & KWSP

Dividen KWSP bagi tahun sebelum ini adalah seperti berikut:
  • 2009~ 5.65%
  • 2008~ 4.5%
  • 2007~ 5.8%
  • 2006~ 5.15%

Wednesday, February 16, 2011

Tips menggandakan wang pelaburan : compounding return

Dave Ramsey ada menyatakan :
A savings without a mission is a rubbish
Jadi, pernahkan anda menilai pulangan simpanan / pelaburan anda? Adakah simpanan anda mempunyai matlamat? Saya kira pasti ada bukan?
Setiap individu mahukan pulangan dr simpanan dan pelaburan yg dibuat. Mari kita belajar tentang 'Compounding Return', ia bermaksud pulangan yang diterima dr pelaburan +dan termasuk pulangan terdahulu.

Lebih lama kita melabur, lebih banyak pulangan akan diperolehi. Tak percaya? Let's do the math.

Untuk contoh di bawah ini, katakan,

Ali melabur RM5,000 pada tahun pertama ke dalam sebuah akaun pelaburan. Dan dia membiarkan saja wangnya disitu tanpa membuat apa-apa. Dia biar saja wangnya selama 15 tahun. Dengan kadar keuntungan purata 8% setiap tahun, dia akan memperoleh RM15,861. Banyak bukan? Itu hanya contoh yg sempoi. Bayangkan kalau anda melabur RM10,00/ RM20,00/ RM50,000? Lagi dahsyat pulangannya.



Tips bagi menggandakan wang pelaburan anda dengan keajaiban 'compounding return':

1) Jangan belanja pulangan tersebut!

Untuk memastikan 'compounding return' sentiasa diperoleh dr pelaburan anda, jangan dibelanja setiap pulangan tahunan anda perolehi. Haii..kalau asik belanja mmg tak kaya-kaya. Biarkan sahaja keuntungan pelaburan di situ dan lihat berapa banyak ia akan berkerja utk anda. Dari tahun ke tahun akan datang, anda akan dapat melihat wang tersebut bekerja utk anda, dan ianya adalah 'passive income' kerana anda dah tak perlu buat apa-apa utk gandakannya. Hanya melabur, ingat objektif pelaburan dan duduk diam-diam.

2) Melabur untuk jangka masa panjang.

Hasil compounding return' hanya dapat dilihat dalam jangka masa panjang, bukan pendek!

3) Melabur seawal yg mungkin.

Orang yang melabur lebih awal, akan untung lebih awal! Kalau nak mula sejak lahir pon dah boleh tau. Usah berlengah lagi wahai kawan-kawan..

4) Bila ada wang lebih, tambah pelaburan anda

Mudah je kan? Biasanya yg susahnya kita ni ha..suka sangat berlengah! tepuk dada tanya selera

Tuesday, February 8, 2011

Dana kecemasan atau Bayar Hutang?


Lepas baca entry Dana Kecemasan minggu lepas, ada yg dah mula menabung. Tapi persoalannya, hutang pon ada. Jadi, yg mana patut didahulukan?

Banyak faktor yg mempengaruhi. Antaranya faktor kepentingan/kesesakan peminam wang, simpanan sedia ada penghutang, kestabilan kerja dll. Sebaiknya jika hutang yang kecil seperti kepada kawan etc, dan kebetulan anda ada wang lebih disebabkan mengurangkan perbelanjaan lain ie makan luar, jadi bayarlah hutang kepada kawan dulu.

Dave Ramsey mencadangkan supaya setiap individu sebaiknya membuat 1) Dana kecemasan dahulu dan 2) Diikuti membayar hutang. Yelah..hutang rumah dan kereta, takkan habis dalam masa yg singkat kan?

Bagi saya, kedua-duanya sama penting. Jadi, terpulang kepada anda strategi apa yg akan anda gunakan. Yang pastinya, kita memerlukan displin, komitment and azam untuk memastikan kedua-dua komitmen kewangan tersebut terlaksana. Pada waktu yg sama, jgn pula sewenang-wenang menambah hutang sedia ada.

Kurangkan perbelanjaan yang tak patut dan hidup berjimat cermat juga boleh membantu kita membayar hutang dan membuat dana kecemasan

Saya suka menolak ( secara baik) setiap salesman/bankman yang approach utk buat hutang peribadi mahupun kad kredit. Maaf yer! :D Wrong no plss

Wednesday, February 2, 2011

Dana Kecemasan: perlu sangat ker?

Penah dengar tentang Dana Kecemasan? Pasti pernah bukan. Jadi, anda sudah ada ker Dana Kecemasan?

Dana kecemasan ni bermaksud satu dana dimana anda memerlukan wang di saat-saat kecemasan atau tidak diduga/tidak disangka. Contohnya:
  1. Anak jatuh sakit dan memerlukan perbelanjaan utk rawatan kesihatan
  2. Kereta anda tiba-tiba tanyarnyer meletup
  3. Bumbung rumah tiba-tiba rosak / berlubang
  4. Syarikat bekerja bankrup dan kita dibuang kerja
  5. Dan sebagainya
Berapa dana kecemasan yang ideal?

Bagi saya ianya bergantung kepada jumlah perbelanjaan bulanan anda. Dan juga dipengaruhi dengan faktor lain seperti kestabilan pekerjaan dan tahap risiko kredit anda ( maksudnya lg banyak hutang, lagi tinggi risikonya).
Walaubagaimanapun, pakar kewangan biasanya menasihatkan untuk kita mempunyai Dana Kecemasan antara 3 hingga 6 bulan perbelanjaan isi rumah ( hutang rumah, kereta, makanan, pakaian, lain-lain hutang, belanja sekolah anak, belanja taska etc).

Bagaimana nak mulakan Dana Kecemasan?

Anda boleh mulakan serendah RM100/200 sebulan pon ( dari tak buat langsung kan?). Terus aje buat pengkreditan terus ke Akaun Simpanan.

Dimana patut saya simpan wang utk Dana Kecemasan?

Simpanlah wang anda ke dalam akaun simpanan yang memberi pulangan yang agak memberangsangkan. Contoh Tabung Haji. Tiada gunanya menyimpan wang bawah bantal atau dlm tabung di rumah. Tanpa pulangan dan ditambah inflasi, simpanan anda semakin menyusut!
Lagi bagus kalau simpanan anda itu susah nak dikeluarkan, contohnya tak perlu guna kad ATM. Bila perlu guna, hanya ke kaunter pada waktu pejabat. Jika tahap displin tinggi, ok jek nak guna akaun simpanan dengan kad ATM.

Bila boleh guna Dana Kecemasan?

Ingat, wang ni hanya utk Kecemasan. Kes-kes di bawah ni bukan kecemasan tauu :
  1. Beli handbag Coach ( erks..syok juga kalau dpt 1 :p)
  2. Beli kasut Clarks
  3. Pergi melancong / bercuti
*Gambo hiasan

Selamat membuat Dana Kecemasan anda! Yang dah ada tahniah diucapkan :D

Saturday, January 29, 2011

Buku : Total Money Makeover

Assalamualaikum,

Sudah 6 hari blog ini berdiam diri. Diam kerana baru sahaja selamat melahirkan cahaya mata ke-4 Ahad yang lepas. Alhamdulillah. Kisahnya disini.

Kali ni saya nak kongsi cerita buku shj.

Buku Total Money Makeover yg ditulis oleh Dave Ramsey adalah buku kewangan pertama yang berjaya membuka minda dan pandangan kepada dunia realiti kewangan saya. Walaupun dulu masa peringkat Ijazah dan Master, subjek Finance boleh score, tapi ianya memang berbeza dengan dunia realiti kehidupan.

Apa yang sangat menarik, di dalam buku ini ianya banyak menceritakan tentang strategi untuk membayar hutang melalui 'debt-snow ball', selain itu ia banyak menekankan tentang kad kredit. Lepas baca buku ni, mmg rasa berkobar utk tidak berhutang ( kalau boleh) dan tidak mempunyai kad kredit. Walaubagaimanapun, saya sendiri masih memiliki 1 kad kredit untuk kegunaan di waktu 'tertentu'. Yang pastinya lepas guna, terus bayar.

Jadi apakah buku kewangan pertama anda yang benar-benar mengubah cara anda mengendalikan kewangan anda?

Antara coretan dr buku TMM ini:

Money Myths(MM) #1

Myth: I didn’t have time to work on a budget, retirement plan or estate plan.

Truth: You don’t have time not to

Shocking Stats (SS) #1:

90% of people in our culture buy things they can’t afford.


Monday, January 24, 2011

SSPN: maklumat dan informasi

Bila tengok PCB ( Potongan Cukai Berjadual) kat dalam slip gaji mmg tak syok. Jadi, tahun lepas dok fikir, anak dah bertambah, jadi elok juga buka akaun SSPN sebab faedahnya banyak. Ini ada sedikit maklumat mengenai SSPN.

Laman web dan soal-jawab rasmi boleh dirujuk disini: PTPTN

Buka akaun boleh di:
  1. Bank BSN
  2. Maybank
  3. CIMB
  4. Agrobank
  5. Bank Kerjasama
  6. Bank Islam ( saya buka disini)
Dokumen yang diperlukan masa bukak akaun:
  1. Salinan i/c pendeposit = ibu/bapa
  2. Salinan mykid dan surat beranak anak
  3. Duit deposit ( min RM20 jek)
Faedah:
  1. Pelepasan cukai sehingga RM3,000 setahun ( ni sasaran utama)
  2. Khairat kematian pendeposit sebanyak RM2,000
  3. Risiko rendah
Cara menyemak penyata SSPN:
Cara menambah simpanan:
  1. Melalui perkhidmatan E-SSPN
  2. Maybank2u ( Payee name: PTPTN-SSPN). Saya guna Maybank2u sebab lagi senang
Tahun lepas, saya buka akaun SSPN pada 27 Apr 2010. Ceritanya disini.
Selepas 3 minggu bukak akaun SSPN untuk ketiga-tiga anakanda bonda, akhirnya sampai juga
surat dan kad dari PTPTN.


Maklumat lain yang anda mungkin ingin tahu:
  • Masa bukak akaun di Bank, tiada buku akaun diberikan
  • Selepas 3 minggu akaun, pendeposit akan dapat surat dan kad
  • Kad tersebut digunakan untuk segala urusan akan datang ( kot2 nak apply PTPTN masa anak masuk U)
Dan penghujung tahun lepas baru lah saya tambah simpanan SSPN anak-anak lg utk faedah pelepasan cukai.

Marilah menabung untuk masa depan anak-anak. Kalau anak-anak dapat scholarship pulak bila besar nanti, duit ni depa boleh guna utk depa memulakan hidup baru contohnya kahwin. he he

Saya diversify simpanan anak-anak untuk mengurangkan risiko dan pelbagaikan pulangan melalui simpanan TH ( selalunya duit raya/duit hadiah ), TakafulCerdik ( protection), Unit Trust ( dana pendidikan) . Masuk pon tade la banyak pon, cuma sket-sket harap2 lepas tu jadi bukit :p

Sunday, January 23, 2011

Bil telefon bimbit kisah II

Saje nak sambung kisah Bil Telefon bulan lepas. Kan bulan lepas baru start activate Celcom BB unlimited RM50 kisahnya disini, so bulan ni barula total bil mencapai sasaran yang telah dibajetkan. Bil telefon as expected below RM100, exact amount is RM91 :).

Dan sekali lagi mau disyorkan, antara penyebab yg boleh menyebabkan bil telefon anda tinggi seperti berikut:
  • Call premium line AirAsia: RM1.95/minit
  • SMS content svc- Reply msg ke YM! RM0.30/msg.
Kalau ikut pengalaman anda, perkhidmatan apakah yg boleh menaikkan bil telefon selain di atas?

Saturday, January 22, 2011

Zakat KWSP

Semalam, saya ke pejabat KWSP untuk urusan pengeluaran wang bagi mengurangkan pinjaman perumahan. Alhamdulillah setelah lama bertangguh akhirnya tertunai juga hajat ini. Kisahnya kemudian yer sbb saya nak cerita mengenai Zakat KWSP dulu.

Bila pulang semula ke pejabat, baru saya teringat bahawa untuk pengeluaran wang KWSP dikenakan zakat kerana konsepnya sama seperti wang simpanan. Zakat wajib dikeluarkan pada hari wang caruman dikeluarkan ketika bersara atau dikeluarkan sebahagian wang kWSP.

Untuk maklumat lanjut boleh rujuk laman web e-zakat.

Formula:

Nilai zakat = Jumlah wang yang dikeluarkan X 2.5%

Antara skim pengeluaran yang disediakan oleh KWSP ialah:

1) Pengeluaran membina/membeli rumah

2) Pengeluaran Pendidikan

3) Pengeluaran mengurangkan/menyelesaikan pinjaman perumahan

Jadi jangan lupa berzakat , zakat membersihkan harta kita.

Friday, January 21, 2011

Ringgit Cost Averaging

Pernah dengar istilah Dollar Cost Averaging? Lebih kurang sama, cuma disebabkan kita berada di Malaysia, kita namakannya Ringgit Cost Averaging.

Ringgit Cost Averaging @ Pemurataan Kos Ringgit

RCA adalah satu teknik pelaburan yang digunakan untuk mengurangkan pendedahan kepada risiko pelaburan berjumlah besar. Ia dilaksanakan melalui pelaburan satu jumlah tetap pada waktu tempoh tetap ( samada bulanan atau suku tahunan) tanpa menghiraukan harga unit ketika itu.

Contohnya, pelabur boleh memilih untuk membuat pemotongan gaji terus / Standing Instruction sebanyak RM200 atau RM300 ke dalam akaun dana unit amanah anda. Bagi para pelabur wang simpanan KWSP pula, pelabur memilih untuk membuat pelaburan setiap suku tahunan mengikut jumlah kelayakan sebagai contoh RM5,000 atau RM10,000.

Jumlah dan kekerapan pelaburan walaubagaimanapun bergantung kepada kemampuan kewangan dan matlamat kewangan masa depan anda.

Bagaimana RCA berfungsi?

Lebih banyak unit dibeli apabila harga rendah dan kurang unit dibeli semasa harga melambung tinggi. Walaupun ia adalah satu teknik pelaburan yang efektif dan berkesan kerana pelabur megumpul unit bagi pelaburan mereka. Oleh itu, pelabur dinasihatkan untuk memilih jumlah yang dirasakan selesa untuk melabur di bawah semua keadaan pasaran.

Andaikan anda ingin menyimpan RM12,000 setiap tahun untuk tabung pendidikan anak anda. Selain melaburkannya sekaligus dan menanggung risiko memasuki pasaran tinggi, anda memilih untuk melabur RM1,000 setiap bulan dalam unit amanah seperti dalam jadual di bawah:

Pada akhir hujung tahun, keputusannya begini:

Purata harga seunit sepanjang tempoh adalah RM0.1928 tetapi purata kos seunit anda adalah RM0.1900, ini bermakna pelabur membeli murah 1% dari harga seunit di sepanjang tempoh.

Dan dari RM12,000 yg dilaburkan, kini pelaburan beliau bernilai RM13,692.10 bersamaan dgn keuntungan 12%.

Contoh pengamal RCA?

  • Pelabur yang melabur menggunakan wang tunai mengikut amaun yang tetap melalui potongan gaji contohnya RM200/bulan
  • Pelabur yang melabur Unit Amanah menggunakan wang EPF mengikut amaun yang tetap sekali setiap 3 bulan

Teruskan pelaburan anda dengan amalam RCA!

Thursday, January 20, 2011

Panduan pengeluaran wang KWSP untuk pelaburan

Mungkin ramai dah tahu bahawa kita boleh keluarkan duit KWSP untuk tujuan pelaburan. Saya berkongsi semula maklumat ni untuk sesiapa yg mempunyai berhasrat nak melabur tapi duit tunai belum ada yg lebih, jadi bolehla anda pilih wang KWSP untuk tujuan ini.

Caranya mudah saja. Anda hanya perlu semak jumlah kelayakan untuk melabur, isi borang dan perunding unit amanah yang akan menghantar borang tersebut.

Bagaimana nak semak jumlah yg layak untuk melabur? Ada 2 cara mudah:

1) Melalui i-akaun dlm laman web www.kwsp.gov.my. Amaun kelayakan pengeluaran utk pelbagai tujuan ada dipaparkan. Klik saja link 'kelayakan pengeluaran' seperti di imej bawah, mudah kan?
2) Semakan penyata baki akaun 1. Dan buat kiraan menggunakan formula berikut:
Baki akaun 1-Simpanan Asas mengikut umur ( sila lihat jadual bawah) X 20%
Jika amaun yang lebih RM1,000, ini bermakna anda layak melabur.
Baki simpanan asas yang wajib ditinggalkan dalam akaun 1 mengikut umur.

Contoh pengiraan dr laman web KWSP.

Jadi, sekarang kita semua ada ada pilihan untuk pelbagaikan simpanan. Hanya anda yang tentukan!

Jimat-cermat: DIY kain bedung baby (newborn swaddles)

Hari ni saya nak berkongsi amalam berjimat-cermat yg mudah, iaitu menjahit sendiri Kain Bedung Baby. Projek menjahit ni mudah je, sesuai utk beginner. Tak perlu kemahiran yang hebat, insyallah anda pasti boleh buat.

Kos untuk membeli 1 kain bedung seperti berikut:
-1 kain bedung RM15 ( harga di pasaran, anda boleh Google)
-Kos penghantaran RM5
-Jumlah kos RM20/kain bedung

Jika buat sendiri, kosnya ialah:
-Kos kain flannel 1 meter RM5 ( untuk membuat 1 kain bedung)
-Kos sampingan ie benang, elektrik RM2+- (anggaran)
-Jumlah kos DIY RM7.00/kain bedung

Kos penjimatan: RM13+-
Cara menjahit Kain Bedung:
Kain yg diperlukan: 1 bedung = 1 meter kain flannel
1. Potong kain menjadi 4 segi sama. Saiz yg ideal antara 36' to 36'/ 39' X 39'. Saya cadangkan saiz 39' sebab sesuai sampai baby yg akan membesar & tiada pembaziran kain.
2. Kelimkan tepi kain dan jahit lurus menggunakan mesin jahit. Masukkan bahagian yg berbulu tu ke dalam tau sebelum jahit.
3. Cuci dahulu sebelum menggunakannya yer.

Biasanya baby baru lahir perlu guna banyak juga Kain Bedung, anggaran 6 helai. Jadi kalau dr anak pertama anda dah buat sendiri kain bedung, mmg la sgt jimat kan? Selain itu, anda pasti tersenyum melihat anak anda menggunakan kain bedung hasil tangan emaknya sendiri, satyu kepuasan! Selamat menjahit.

Owh ya, ni kisah saya menjahit Kain Bedung anak no 3 dan ini kisah anak no 4.

Tuesday, January 18, 2011

Pelaburan Emas pertamaku

Puas juga membuat penyelidikan pasal pelaburan emas ni. Finally, saya memilih Gold-i Akaun Kuwait Finance House kerana ianya berlandaskan shariah. Di Malaysia, pelaburan emas yg ditawarkan melalui akaun ada ditawarkan oleh Public Bank dan Maybank.


Bagaimana hendak memulakan pelaburan emas dgn KFH?
1) Sediakan wang yang mencukupi. Pembelian minima 10gm. Jadi rujuk harga belian KFH pada hari anda nak membeli dan darabkan dengan berapa gm anda nak beli, jadi sediakan wangnya
2) Kene buat akaun simpanan dahulu, utk bukak buku akaun kene mula dengan deposit RM250, ini kerana semua pembelian melalui buku simpanan.
3) Isi borang dan buat bayaran
4) Buat keputusan untuk ambil emas fizikal atau simpan di sana sahaja. Saya memilih untuk menyimpan sahaja di sana kerana masalah storage. Saya hanya tangkap gambar sahaja
5) Pelaburan ini tiada buku, hanya ada penyata sahaja. Penyata akan diberi ke alamat rumah setiap 3 bulan sekali.

Info lain:
  • Tiada caj dikenakan ketika masuk melabur, menjual maupun caj tahunan
  • Tiada dividen, jadi pelaburan emas ini semata-mata berdasarkan perubahan harga emas.
  • Pertambahan pelaburan hanya boleh dibuat di kaunter KFH, tiada khidmat dlm talian ( online)
Semoga info ini berguna buat kita para pelabur. :)

Penyata pertamaku :)

Emas 995 fizikal 10gm setiap satu

Mari kita mula pantau harga emas. Hari ni saya beli RM138.05. Harga boleh dirujuk dr website KFH setiap hari.

Pulangan Unit Amanah lebih 10% setahun! Percaya?

Saya berazam untuk bebas hutang secepat mungkin. Jadi, mestilah saya mahu membuat pelaburan yang boleh memberi pulangan maksimum. Jadi antara yg menjadi pilihan ialah Unit Amanah / Unit Trust.

Pelaburan Unit Amanah yang pertama kali saya masuk ialah pada tahun 2006 ketika baru lepas melahirkan anak no-2, iaitu Dana Ittikal. Ketika itu saya memang tiada ilmu mengenai Unit Amanah. Tapi memandangkan boss saya yang ajak masuk, saya pon ikut la. Dah namanya Unit Trust, agaknya Trust kepada bos tu yg lebih.

Apapon alhamdulillah, pulangannya tidak menghampakan langsung!

2 tahun selepas melabur, saya semakin seronok melabur dan terus la menjadi Perunding Unit Amanah. Tujuan utama ketika itu supaya saya dapat ilmu pelaburan dan saya sendiri mahu melabur untuk mencapai impian saya. Tujuan kedua ialah untuk berkongsi faedah Unit Amanah dengan kawan-kawan.

Mari kita lihat pulangan yang saya dapat! Hanya 2 sample Dana yang saya kongsi ok.


Dana Ittikal ( tunai), penyata bulan Nov 2010
Tempoh pelaburan: 4 Tahun

Simple estimated total return % = 54.66%

Pulangan setahun = 13.5%!






Dana Islamic Select Treasures Fund( KWSP)
Penyata bulan Jan 2011

Tempoh pelaburan: 3 Tahun

Simple estimated total return % = 44.02%

Pulangan setahun = 14.7%!

Tambahan: pelaburan ini menggunakan teknik Ringgit Cost Averaging, dimana pelaburan telah dibuat sebanyak 3 kali.

Saya ada kisah kejayan pelaburan client yg lagi hebat! Rezeki mereka, alhamdulillah.

Ringgit Cost Averaging. Apa tu? nantikan!

Nisbah Hutang aka Debt Ratio

Bercakap pasal HUTANG, saya pernah diajukan beberapa soalan yang hanya individu yg bertanya itu boleh menjawabnya kembali. Antaranya ialah:
  1. Farra, patut tak saya mula buat hutang kereta?
  2. Farra, saya dah ada 1 rumah dan sekarang saya mahu beli 1 rumah lg untuk dibuat pelaburan?
  3. Farra, patut tak saya buat pinjaman peribadi untuk buat itu dan ini?
Sebenarnya saya sendiri tak boleh nak jawab. Hanya anda sahaja boleh jawab. Jawabnya hanya mudah, Nisbah Hutang anda mungkin boleh membantu! Pernah semak tak Nisbah hutang anda? Apapon cuba la elak dr berhutang kecuali yg perlu sahaja contohnya rumah.

Cara pengiraan Debt Ratio / Nisbah Hutang:

Jumlah Hutang bulanan / Gaji bawa pulang ke rumah X 100%
Nota:
  • Hutang = hutang kereta, rumah, kad kredit, pelajaran, hutang peribadi etc
  • Gaji bawa pulang ke rumah= Take home salary = Gaji kasar - ( KWSP & Perkeso)
Nisbah hutang yang selamat adalah antara 35%-40%. Sekiranya Nisbah Hutang telah melebihi 50%, ianya boleh dikira di tahap yang kurang selamat dan perlu disemak dahulu.
Sebagai contoh, jika nisbah hutang anda telah melebihi 50%, takkan anda mahu tambah hutang lg? Kalau tambah jugak alamatnya anda makan maggi saja setiap hari. Fikir-fikirkan.

Pernahkan anda menyemak Nisbah Hutang anda? Atau menilai tahap kesihatan 'Kewangan' anda?

Thursday, January 13, 2011

Apa itu Unit Amanah

Unit Amanah juga dikenali sebagai Unit Trust di Malaysia. Banyak syarikat kewangan kini menawarkan pelaburan Unit Amanah. Mari kita berkenalan.

Menurut Persekutuan Pengurus Unit Amanah Malaysia atau lebih dikenali FIMM (Federation of Investment Managers Malaysia) : Skim unit amanah atau “unit trust scheme – UTS” merupakan suatu bentuk pelaburan kolektif yang membolehkan pelabur-pelabur yang mempunyai ojektif pelaburan yang sama mengumpulkan wang mereka, dan kemudian dilaburkan ke dalam portfolio sekuriti atau aset lain yang diuruskan oleh pengurus pelaburan professional.

Secara mudahnya, kita beramai-ramai masukkan duit dalam satu dana yang diuruskan oleh suatu syarikat pengurusan dana yang dipanggil “Syarikat Pengurusan Unit Amanah” atau ringkasnya UTMC (Unit Trust Management Company). UTMC ini pula akan laburkan duit kita dalam pelbagai portfolio yang diluluskan seperti sekuriti, bond ataupun aseet-aset lain dalam syarikat2 yang tersenarai di Bursa Malaysia atau pasaran ekuiti di luar negara. UTMC ini mestilah yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti (Securities Commission – SC) dan terikat dengan beberapa akta perundangan. Selain daripada SC, beberapa pihak-pihak lain juga terlibat dalam mengawal-selia industri skim unit trust ini demi menjaga kepentingan pelabur2, antaranya ialah Pemegang Amanah (Trustees), Juruaudit (Auditors), FMUTM dan Kementerian Kewangan.

Harus diingat UTMC ini diluluskan , bukannya perniagaan haram seperti skim cepat kaya, swisscahs dll. Pemilikan dana (portfolio) akan dibahagikan kepada unit dan pelabur2 dikenali sebagai ‘pemegang unit’ (unit-holders). Mengikut perlembagaan atau ’surat ikatan’ (the deed) skim unit trust, mesti terdapat pemegang amanah (trustee) untuk menjaga kepentingan pelabur. Trustee adalah pemilik sah ke atas semua aset dalam skim unit trust bagi pihak pemegang unit.

Nilai atau harga satu unit dalam skim unit trust dikenali sebagai “Nilai Aset Bersih” atau “Net Asset Value” per share. NAV akan meningkat atau menurun mengikut nilai pelaburan dalam portfolio skim unit trust.. NAV bagi sesuatu unit trust fund dikira pada setiap penutup hari urusniaga. NAV tersebut boleh diruk di akhbar harian atau laman web UTMC setiap hari. Contoh disini.

Apakah pulangan yang akan diterima oleh pelabur?

  1. Agihan (distribution) : Contoh: 0.50sen seunit , biasanya diumumkan oleh syarikat Unit Amanah tersebut. Lihat contoh disini.
  2. Tambahan nilai modal (capital gains) : Contoh, pelabur membeli unit dana tersebut pada harga RM0.50 seunit. Dan setelah 3 tahun harga unit meningkat kepada RM1.00 seunit. Jadi, tambahan nilai modal adalah RM0.50 seunit.

Unit Amanah memberi peluang pelaburan untuk pelabur-pelabur kecil membuat pelaburan dengan mudah. Jika kita bercadang untuk melabur atau membeli yang besar seperti Telekom, Sime Darby dll , kita memerlukan berpuluh ribu ringgit( ini belum kira kos broker saham dan lain-lain lagi.). Tapi dengan Unit Amanah, kita berpeluang melabur dalam stok-stok ni, bukan setakat satu syarikat malah dalam pelbagai syarikat. Inilah yg dipanggil kepelbagaian atau “diversification’ yang mana dapat mengurangkan risiko kalau melabur dalam satu portfolio sahaja.

Dengan risiko yang agak berpatutan, kebanyakan pulangan pelaburan untuk jangka masa sederhana dan panjang (lebih dari 5 tahun) dengan Unit Amanah adalah lebih tinggi daripada pulangan daripada akaun biasa dan deposit tetap (fixed deposit – FD). Anggaran pulangan UT adalah 10-15% berbanding akaun biasa dan FD pada anggaran 3% sahaja.

Adakah Unit Amanah halal?

Ramai yang tertanya-tanya samada Unit Amanah ini halal atau tidak. Islamic Unit Trust yang telah diluluskan dan disenarai oleh Suruhanjaya Sekuriti adalah halal untuk dilabur. UTMC perlu melantik Syariah Advisor untuk mengawalselia aktiviti setiap UTS yang ditawarkan. Terdapat banyak dana Unit Amanah di Malaysia, jadi pilihlah UT yang berlandaskan syariah.

4 cara mudah membuat simpanan

Assalamualaikum dan Selamat Pagi!

Pool yang sengaja saya buat melalui pool Nuffnang menunjukkan 35% responden tiada simpanan langsung!Mmg agak terperanjat. Namun tak kurang juga ada yang meyimpan lebih dari 30%. Memang bagus betul.

Susah ker nak buat simpanan tetap setiap bukan? Macam-macam la orang kata …..

~ Tak bolehla..bayar hutang nak bayar

~ Tak bolehla….nak beli itu dan ini

~ Nak buat apa simpan? penat-penat cari duit nak kene simpan pulak?

Alahai bukan banyak sangat nak simpan. Mungkin boleh mulakan simpanan tahun ini 10% sahaja dari pendapatan, tahun depan bila dah seronok menyimpan dan gaji dah naik, naikkan pula ke 20%.

Hari ini saya terbaca artikel “ Five ways to put $50 into savings each month” . Kredit kepada MoneyInstructor. Memang mudah saja melihat cara yang dikongsikannya.

Jadi disini, saya juga nak kongsikan 4 cara untuk kita gunakan:

1)Gantikan hiburan kepada aktiviti reakreasi.

Anda boleh menggantikan aktiviti hiburan seperti movies, shows, teater dan theme park kepada aktiviti rekreasi yang lebih murah berbabding aktiviti hiburan yang berkos tinggi dan memberi kepuasan sementara sahaja (beberapa jam atau sehari). Jadi, jomlah kita bersiar-siar di taman permainan dengan keluarga di petang hari. Sambil kita sumai isteri dapat berdua-duaan di kerusi panjang, anak-anak pula riang ria bermain gelongsor.

2) Jauhi pusat membeli belah / shopping mall dan specialty shop

Memang susah nak elak betul tak? Kebarangkalian untuk kita membeli barang yang tiada dalam senarai sangat tinggi bila sampai shopping mall. Sampai-sampai pintu masuk dah ada salesman approach suruh beli barang itu ini, belum lagi dengan pelbagai banner promosi ’sales’ sana sini. Huhu, kalau goyah, maunya lebih 5 kali swipe kad kredit tu.

3) Tetapkan matlamat simpanan anda!

Letakkan matlamat pada setiap matlamat anda. Sebagai contoh, untuk menunaikan ibadat haji, Orang dah biasa cakap, matlamat kita mestilah SMART (specific, measurable, achievable, realistic and can be accomplished on a timed basis). Bila anda dah mulakan simpanan tetap, lama-lama anda dah biasa dengan habit tersebut dan anda semakin rasa enjoy! Tak percaya? Cuba mulakan langkah anda hari ini!

4) Kurangkan perbelanjaan dan jangan buat hutang

Mungkin kita boleh kurangkan perbelanjaan kat mana-mana yang patut. Paling mudah, kita boleh naik public transport ke pejabat dan bawa bekal ke pejabat. Kadang-kadang jika tiada urusan, ada juga saya selang seli menggunakan public transport dan membawa bekal. Ternyata sejumlah RMXXX dapat dijimatkan.

Selamat mencuba!

Blog Baru

Assalamualaikum,

Ini blog ke-3 saya di bawah tajuk Tips Kewangan Harian dengan matlamat baru. Matlamatnya hanya mudah, berkongsi ilmu yang mudah dipraktikkan dalam kehidupan harian dan seboleh-bolehnya menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya supaya dapat membantu rakyat Malaysia.

Selamat membaca dan sila-sila kongsikan pendapat anda juga.

Alamat blog lama :