Ringgit Cost Averaging @ Pemurataan Kos Ringgit
RCA adalah satu teknik pelaburan yang digunakan untuk mengurangkan pendedahan kepada risiko pelaburan berjumlah besar. Ia dilaksanakan melalui pelaburan satu jumlah tetap pada waktu tempoh tetap ( samada bulanan atau suku tahunan) tanpa menghiraukan harga unit ketika itu.
Contohnya, pelabur boleh memilih untuk membuat pemotongan gaji terus / Standing Instruction sebanyak RM200 atau RM300 ke dalam akaun dana unit amanah anda. Bagi para pelabur wang simpanan KWSP pula, pelabur memilih untuk membuat pelaburan setiap suku tahunan mengikut jumlah kelayakan sebagai contoh RM5,000 atau RM10,000.
Jumlah dan kekerapan pelaburan walaubagaimanapun bergantung kepada kemampuan kewangan dan matlamat kewangan masa depan anda.
Bagaimana RCA berfungsi?
Lebih banyak unit dibeli apabila harga rendah dan kurang unit dibeli semasa harga melambung tinggi. Walaupun ia adalah satu teknik pelaburan yang efektif dan berkesan kerana pelabur megumpul unit bagi pelaburan mereka. Oleh itu, pelabur dinasihatkan untuk memilih jumlah yang dirasakan selesa untuk melabur di bawah semua keadaan pasaran.
Andaikan anda ingin menyimpan RM12,000 setiap tahun untuk tabung pendidikan anak anda. Selain melaburkannya sekaligus dan menanggung risiko memasuki pasaran tinggi, anda memilih untuk melabur RM1,000 setiap bulan dalam unit amanah seperti dalam jadual di bawah:
Pada akhir hujung tahun, keputusannya begini:
Purata harga seunit sepanjang tempoh adalah RM0.1928 tetapi purata kos seunit anda adalah RM0.1900, ini bermakna pelabur membeli murah 1% dari harga seunit di sepanjang tempoh.
Dan dari RM12,000 yg dilaburkan, kini pelaburan beliau bernilai RM13,692.10 bersamaan dgn keuntungan 12%.
Contoh pengamal RCA?
- Pelabur yang melabur menggunakan wang tunai mengikut amaun yang tetap melalui potongan gaji contohnya RM200/bulan
- Pelabur yang melabur Unit Amanah menggunakan wang EPF mengikut amaun yang tetap sekali setiap 3 bulan
Teruskan pelaburan anda dengan amalam RCA!
ya..maksudnya darpada kita melabur secara lumpsum lebih baik kita labur duit lumpsum tadi secara purata bulanan ya?
ReplyDeletekeli, yep begitulah..utk mengurangkan risiko pelaburan
ReplyDeletewalaubagaimanapun, seperti saya agen, ada track harga UT, so bila market turun, harga dana turun, sy akan amik kesempatan untuk lebihkan amaun ketika harga jatuh
kalo atrategi yg betul kaedah ini lebih menguntungkan..
ReplyDelete