Thursday, January 20, 2011

Jimat-cermat: DIY kain bedung baby (newborn swaddles)

Hari ni saya nak berkongsi amalam berjimat-cermat yg mudah, iaitu menjahit sendiri Kain Bedung Baby. Projek menjahit ni mudah je, sesuai utk beginner. Tak perlu kemahiran yang hebat, insyallah anda pasti boleh buat.

Kos untuk membeli 1 kain bedung seperti berikut:
-1 kain bedung RM15 ( harga di pasaran, anda boleh Google)
-Kos penghantaran RM5
-Jumlah kos RM20/kain bedung

Jika buat sendiri, kosnya ialah:
-Kos kain flannel 1 meter RM5 ( untuk membuat 1 kain bedung)
-Kos sampingan ie benang, elektrik RM2+- (anggaran)
-Jumlah kos DIY RM7.00/kain bedung

Kos penjimatan: RM13+-
Cara menjahit Kain Bedung:
Kain yg diperlukan: 1 bedung = 1 meter kain flannel
1. Potong kain menjadi 4 segi sama. Saiz yg ideal antara 36' to 36'/ 39' X 39'. Saya cadangkan saiz 39' sebab sesuai sampai baby yg akan membesar & tiada pembaziran kain.
2. Kelimkan tepi kain dan jahit lurus menggunakan mesin jahit. Masukkan bahagian yg berbulu tu ke dalam tau sebelum jahit.
3. Cuci dahulu sebelum menggunakannya yer.

Biasanya baby baru lahir perlu guna banyak juga Kain Bedung, anggaran 6 helai. Jadi kalau dr anak pertama anda dah buat sendiri kain bedung, mmg la sgt jimat kan? Selain itu, anda pasti tersenyum melihat anak anda menggunakan kain bedung hasil tangan emaknya sendiri, satyu kepuasan! Selamat menjahit.

Owh ya, ni kisah saya menjahit Kain Bedung anak no 3 dan ini kisah anak no 4.

4 comments:

  1. mana nak cari cotton flannel?kedai kain biasa ada x? sy tggal area sentul..tringin nk buat sndri tapi x jumpa lg kedai yg jual cotton flannel yg cute2

    ReplyDelete
  2. Rini, ada byk jual kat kamdar n jakel..mcm2 corak

    ReplyDelete
  3. Saya dah jumpa kt nagoya..macam2 corak.xsabar nak beli. semeter rm5.50

    ReplyDelete
  4. Sis... Selapis jeke? Ke depan belakang bercorak?

    ReplyDelete