Tuesday, January 18, 2011

Pelaburan Emas pertamaku

Puas juga membuat penyelidikan pasal pelaburan emas ni. Finally, saya memilih Gold-i Akaun Kuwait Finance House kerana ianya berlandaskan shariah. Di Malaysia, pelaburan emas yg ditawarkan melalui akaun ada ditawarkan oleh Public Bank dan Maybank.


Bagaimana hendak memulakan pelaburan emas dgn KFH?
1) Sediakan wang yang mencukupi. Pembelian minima 10gm. Jadi rujuk harga belian KFH pada hari anda nak membeli dan darabkan dengan berapa gm anda nak beli, jadi sediakan wangnya
2) Kene buat akaun simpanan dahulu, utk bukak buku akaun kene mula dengan deposit RM250, ini kerana semua pembelian melalui buku simpanan.
3) Isi borang dan buat bayaran
4) Buat keputusan untuk ambil emas fizikal atau simpan di sana sahaja. Saya memilih untuk menyimpan sahaja di sana kerana masalah storage. Saya hanya tangkap gambar sahaja
5) Pelaburan ini tiada buku, hanya ada penyata sahaja. Penyata akan diberi ke alamat rumah setiap 3 bulan sekali.

Info lain:
  • Tiada caj dikenakan ketika masuk melabur, menjual maupun caj tahunan
  • Tiada dividen, jadi pelaburan emas ini semata-mata berdasarkan perubahan harga emas.
  • Pertambahan pelaburan hanya boleh dibuat di kaunter KFH, tiada khidmat dlm talian ( online)
Semoga info ini berguna buat kita para pelabur. :)

Penyata pertamaku :)

Emas 995 fizikal 10gm setiap satu

Mari kita mula pantau harga emas. Hari ni saya beli RM138.05. Harga boleh dirujuk dr website KFH setiap hari.

9 comments:

  1. good choice, yang penting islamic dan emas memang consistent for the past 10 years dan sebelum tu lagi, cuma sekarang, turun, yang penting untuk jangka masa panjang

    ReplyDelete
  2. Btol sharinginfoz, ini pelaburan jangkamasa panjang

    ReplyDelete
  3. pelaburan emas memang bagus untuk jangka masa panjang..

    ReplyDelete
  4. saya sangat suka blog ini..dah lama tercari cari blog yg mengupas isu kewangan...like!like!like!

    ReplyDelete
  5. Faiz & Keli, TQ for visiting my blog :)

    ReplyDelete
  6. Farra nice blog!
    BTW nak tanya kenapa u punya statement record rm22 je? storage fee ke?

    ReplyDelete
  7. Sya, tade rm kat situ, that is 22gm :)

    ReplyDelete
  8. aduh, dlm 2 bulan boleh naik sampai 10 dollars. ruginya....tapi tak pernah terlewat pun kalau nk melabur...

    zakat macam mana ya?

    ReplyDelete
  9. Keloc, kalu dh cukop nisbah 85gm wajib zakat sebanyak 2.5%

    ReplyDelete