Monday, January 24, 2011

SSPN: maklumat dan informasi

Bila tengok PCB ( Potongan Cukai Berjadual) kat dalam slip gaji mmg tak syok. Jadi, tahun lepas dok fikir, anak dah bertambah, jadi elok juga buka akaun SSPN sebab faedahnya banyak. Ini ada sedikit maklumat mengenai SSPN.

Laman web dan soal-jawab rasmi boleh dirujuk disini: PTPTN

Buka akaun boleh di:
  1. Bank BSN
  2. Maybank
  3. CIMB
  4. Agrobank
  5. Bank Kerjasama
  6. Bank Islam ( saya buka disini)
Dokumen yang diperlukan masa bukak akaun:
  1. Salinan i/c pendeposit = ibu/bapa
  2. Salinan mykid dan surat beranak anak
  3. Duit deposit ( min RM20 jek)
Faedah:
  1. Pelepasan cukai sehingga RM3,000 setahun ( ni sasaran utama)
  2. Khairat kematian pendeposit sebanyak RM2,000
  3. Risiko rendah
Cara menyemak penyata SSPN:
Cara menambah simpanan:
  1. Melalui perkhidmatan E-SSPN
  2. Maybank2u ( Payee name: PTPTN-SSPN). Saya guna Maybank2u sebab lagi senang
Tahun lepas, saya buka akaun SSPN pada 27 Apr 2010. Ceritanya disini.
Selepas 3 minggu bukak akaun SSPN untuk ketiga-tiga anakanda bonda, akhirnya sampai juga
surat dan kad dari PTPTN.


Maklumat lain yang anda mungkin ingin tahu:
  • Masa bukak akaun di Bank, tiada buku akaun diberikan
  • Selepas 3 minggu akaun, pendeposit akan dapat surat dan kad
  • Kad tersebut digunakan untuk segala urusan akan datang ( kot2 nak apply PTPTN masa anak masuk U)
Dan penghujung tahun lepas baru lah saya tambah simpanan SSPN anak-anak lg utk faedah pelepasan cukai.

Marilah menabung untuk masa depan anak-anak. Kalau anak-anak dapat scholarship pulak bila besar nanti, duit ni depa boleh guna utk depa memulakan hidup baru contohnya kahwin. he he

Saya diversify simpanan anak-anak untuk mengurangkan risiko dan pelbagaikan pulangan melalui simpanan TH ( selalunya duit raya/duit hadiah ), TakafulCerdik ( protection), Unit Trust ( dana pendidikan) . Masuk pon tade la banyak pon, cuma sket-sket harap2 lepas tu jadi bukit :p

5 comments:

  1. thanks for sharing, memang bagus juga, nanti bolehlah buka untuk anak-anak tapi tak dapat le pelepasan cukai untuk tahun 2010. tahun depan ok juga kan, so kalau simpan let say, RM3,000 setahun then tax bracket 10% dapatlah jimat RM300 tax, lebih kurang macam tu le kan

    ReplyDelete
  2. cukup lengkap strategi kewangan peribadi kat blog ni...sangat bagus!!!

    ReplyDelete
  3. strategi yg bgus utk anak-anak...

    ReplyDelete
  4. yer menyimpan utk anak-anak mmg bagus :) sapa lg yg nak menyimpan kalau bukan makayahnyer eheh

    ReplyDelete
  5. Jom buat duit di internet tanpa modal walau satu sen sekalipun
    -Anda dibayar untuk melihat iklan diinternet
    -Sambil makan2,borak2,tgk tv pun anda boleh jana pendapatan dari internet
    -Bekerja hanya 10 minit sahaja setiap hari
    -Pembayaran dibuat ke akaun Paypal

    Hanya di :

    www.wanginternet.net

    ReplyDelete