Thursday, January 20, 2011

Panduan pengeluaran wang KWSP untuk pelaburan

Mungkin ramai dah tahu bahawa kita boleh keluarkan duit KWSP untuk tujuan pelaburan. Saya berkongsi semula maklumat ni untuk sesiapa yg mempunyai berhasrat nak melabur tapi duit tunai belum ada yg lebih, jadi bolehla anda pilih wang KWSP untuk tujuan ini.

Caranya mudah saja. Anda hanya perlu semak jumlah kelayakan untuk melabur, isi borang dan perunding unit amanah yang akan menghantar borang tersebut.

Bagaimana nak semak jumlah yg layak untuk melabur? Ada 2 cara mudah:

1) Melalui i-akaun dlm laman web www.kwsp.gov.my. Amaun kelayakan pengeluaran utk pelbagai tujuan ada dipaparkan. Klik saja link 'kelayakan pengeluaran' seperti di imej bawah, mudah kan?
2) Semakan penyata baki akaun 1. Dan buat kiraan menggunakan formula berikut:
Baki akaun 1-Simpanan Asas mengikut umur ( sila lihat jadual bawah) X 20%
Jika amaun yang lebih RM1,000, ini bermakna anda layak melabur.
Baki simpanan asas yang wajib ditinggalkan dalam akaun 1 mengikut umur.

Contoh pengiraan dr laman web KWSP.

Jadi, sekarang kita semua ada ada pilihan untuk pelbagaikan simpanan. Hanya anda yang tentukan!

2 comments:

  1. puan..semalam update kat dashboard saya ada mengenai posting Ringgit average cost..tp saya nk buka di tulis not found...kat mana ya nk baca artikel puan tu?

    ReplyDelete
  2. Salam Keli, ada artikel tu, saya schedulekan...akan post by today..tq

    ReplyDelete