Unit Amanah juga dikenali sebagai Unit Trust di Malaysia. Banyak syarikat kewangan kini menawarkan pelaburan Unit Amanah. Mari kita berkenalan.
Menurut Persekutuan Pengurus Unit Amanah Malaysia atau lebih dikenali FIMM (Federation of Investment Managers Malaysia) : Skim unit amanah atau “unit trust scheme – UTS” merupakan suatu bentuk pelaburan kolektif yang membolehkan pelabur-pelabur yang mempunyai ojektif pelaburan yang sama mengumpulkan wang mereka, dan kemudian dilaburkan ke dalam portfolio sekuriti atau aset lain yang diuruskan oleh pengurus pelaburan professional.
Secara mudahnya, kita beramai-ramai masukkan duit dalam satu dana yang diuruskan oleh suatu syarikat pengurusan dana yang dipanggil “Syarikat Pengurusan Unit Amanah” atau ringkasnya UTMC (Unit Trust Management Company). UTMC ini pula akan laburkan duit kita dalam pelbagai portfolio yang diluluskan seperti sekuriti, bond ataupun aseet-aset lain dalam syarikat2 yang tersenarai di Bursa Malaysia atau pasaran ekuiti di luar negara. UTMC ini mestilah yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti (Securities Commission – SC) dan terikat dengan beberapa akta perundangan. Selain daripada SC, beberapa pihak-pihak lain juga terlibat dalam mengawal-selia industri skim unit trust ini demi menjaga kepentingan pelabur2, antaranya ialah Pemegang Amanah (Trustees), Juruaudit (Auditors), FMUTM dan Kementerian Kewangan.
Harus diingat UTMC ini diluluskan , bukannya perniagaan haram seperti skim cepat kaya, swisscahs dll. Pemilikan dana (portfolio) akan dibahagikan kepada unit dan pelabur2 dikenali sebagai ‘pemegang unit’ (unit-holders). Mengikut perlembagaan atau ’surat ikatan’ (the deed) skim unit trust, mesti terdapat pemegang amanah (trustee) untuk menjaga kepentingan pelabur. Trustee adalah pemilik sah ke atas semua aset dalam skim unit trust bagi pihak pemegang unit.
Nilai atau harga satu unit dalam skim unit trust dikenali sebagai “Nilai Aset Bersih” atau “Net Asset Value” per share. NAV akan meningkat atau menurun mengikut nilai pelaburan dalam portfolio skim unit trust.. NAV bagi sesuatu unit trust fund dikira pada setiap penutup hari urusniaga. NAV tersebut boleh diruk di akhbar harian atau laman web UTMC setiap hari. Contoh disini.
Apakah pulangan yang akan diterima oleh pelabur?
- Agihan (distribution) : Contoh: 0.50sen seunit , biasanya diumumkan oleh syarikat Unit Amanah tersebut. Lihat contoh disini.
- Tambahan nilai modal (capital gains) : Contoh, pelabur membeli unit dana tersebut pada harga RM0.50 seunit. Dan setelah 3 tahun harga unit meningkat kepada RM1.00 seunit. Jadi, tambahan nilai modal adalah RM0.50 seunit.
Unit Amanah memberi peluang pelaburan untuk pelabur-pelabur kecil membuat pelaburan dengan mudah. Jika kita bercadang untuk melabur atau membeli yang besar seperti Telekom, Sime Darby dll , kita memerlukan berpuluh ribu ringgit( ini belum kira kos broker saham dan lain-lain lagi.). Tapi dengan Unit Amanah, kita berpeluang melabur dalam stok-stok ni, bukan setakat satu syarikat malah dalam pelbagai syarikat. Inilah yg dipanggil kepelbagaian atau “diversification’ yang mana dapat mengurangkan risiko kalau melabur dalam satu portfolio sahaja.
Dengan risiko yang agak berpatutan, kebanyakan pulangan pelaburan untuk jangka masa sederhana dan panjang (lebih dari 5 tahun) dengan Unit Amanah adalah lebih tinggi daripada pulangan daripada akaun biasa dan deposit tetap (fixed deposit – FD). Anggaran pulangan UT adalah 10-15% berbanding akaun biasa dan FD pada anggaran 3% sahaja.
Adakah Unit Amanah halal?
Ramai yang tertanya-tanya samada Unit Amanah ini halal atau tidak. Islamic Unit Trust yang telah diluluskan dan disenarai oleh Suruhanjaya Sekuriti adalah halal untuk dilabur. UTMC perlu melantik Syariah Advisor untuk mengawalselia aktiviti setiap UTS yang ditawarkan. Terdapat banyak dana Unit Amanah di Malaysia, jadi pilihlah UT yang berlandaskan syariah.
No comments:
Post a Comment